Showing posts with label macam-macam. Show all posts
Showing posts with label macam-macam. Show all posts

Friday, April 20, 2012

Anak Kampung


suka ngan lagu nih.....



Corus.

Memang aku ini
anak orang miskin
tiada apa-apa yang dapat ku berikan
engkau memang cantik
memang tidak padan dan tidak sepadan

aku anak kampung
tiada pelajaran
kuli-kuli sahaja
memang tidak padan
cantik bah kau itu
banyak yang tergoda lagi orang kaya

Tiada kereta ku bawa kau jalan-jalan
rumah ku pun tiada adapun bapa punya
apa lagi belanja mau bayar berian kahwin sama kamu

bukannya ku tidak suka sama kamu
tapi aku takut hidup kau kan sengsara
kerna aku cinta aku lepaskan kau sama orang lain

engkau masih muda cantik lagi menawan
janganlah kau cari lelaki macam saya
engkau memang cantik
nanti kau menyesal tiada guna 3x

....................................................... .......

tiada kereta ku bawa kau jalan-jalan
rumah ku pun tiada adapun bapa punya
apa lagi belanja mau bayar berian kahwin sama kamu

bukannya ku tidak suka sama kamu
tapi aku takut hidup kau kan sengsara
kerna aku cinta aku lepaskan kau sama orang lain

ulang corus

something to share...something not to share....

what is't something that you should share and something that you shouldn't to share?
but sometimes we share that something we shouldn't to share....why?


why some people lie and hypokrit?....if someone have lied to you,is't can you give him/her a trust again? why?

too much question ha....huh






Wednesday, January 25, 2012

Corneal Ulcer

Tahun ni cuti CNY yg agak membosankan bagi cik puan dan yang paling membosankan untuk Elman....sebab mama dia...dia terpaksa terperuk dalam rumah jer...kuar rumah pun setakat gi kedai jer...gi jln jauh2 mmg tak dapat ler...

puncanya sbb cik puan ade corneal ulcer pada mata kanan cik puan...
sethn lebih yg lepas dh penah kena corneal ulcer ni utk sebelah kiri...kali ni sebelah kanan plak...
terpaksa la duduk ward dalam 3 hari sbb doctor nak pantau ubat...luckily..ulcer cik puan tak besar sgt...sesetengah org ade yg dh sampai tak nampai biji mata hitam....
pelik juga kenape cik puan ade masalah corneal ulcer nih...selalunye org yg kena ade la org yg pakai contact lens...cik puan ni mane penah pakai contact lense..cabut spec kejap jer...habuk laju jer lekat kat eyelid...maybe sbb habuk2 ni mudah sgt lekat kat eyelid kot....

terpaksa mc panjang....yg bencinye mc lama2 ni ..klu de org yg bising2 kat ofis tuh....sbb ofis ni x de kebajikan.....ape2 pun dh doctor paksa rehatkan mata....so better dgr ckp doctor....org kt ofis tuh...klu mata cik puan buta..bkn diorg yg tanggung pun....so ignore jer la diorg tuh.....


tak leh mengadap ipad/laptop/tv sangat..mata cepat penat dan kabur....


k la..nak wat oppsss..cuci mata and rest kan mata...

doakan cik puan cepat sembuh yer....
banyak keje yg tertangguh....


Monday, September 26, 2011

Back to Normal Life....

Beberapa hari lepas hati + hidup Cik Puan diganggu oleh manusia2 yg mmg dari dulu selalu mengganggu idup org...menyebabkan hati Cik Puan rasa marah+dendam+geram....(mcm kena rasuk syaitan..Astaghfirullah)..tapi skang...
ALHAMDULILLAH....dengan berkat doa+kesabaran Tuan besar...Cik Puan mampu bertambah sabar skang...............tapi dengan keadaan manusia2 tuh tak menggangu Cik Puan sekeluarga lagi....

Cik Puan berharap kebahagian keluarga kami ni akan berkekalan la hendaknye dengan keredhaan dari Allah S.W.T.

Untuk manusia2 yg berkenaan tuh............
Cik Puan harap diorg ni sedar ler akan dosa dan kesilapan diorg...
kalau yer pun tak de rase malu kat kami sekeluarga......
Malulah dengan Allah S.W.T...sbb Allah S.W.T maha melihat dan maha mengetahui....
Janganlah menjadi hamba duniawi............

Allahuakbar!!!!!!




Wednesday, September 21, 2011

Cerita Teladan....

KISAH PERLAWANAN ANTARA SEORANG LELAKI DAN IBLIS

Suami isteri itu hidup tenteram mula-mula. Meskipun melarat, mereka taat kepada perintah Tuhan. Segala yang dilarang Allah s.w.t. dihindari, dan ibadah mereka tekun sekali. Si Suami adalah seorang yang alim yang taqwa dan tawakkal. Tetapi sudah beberapa lama isterinya mengeluh terhadap kemiskinan yang tiada habis-habisnya itu. Ia memaksa suaminya agar mencari jalan keluar. Ia membayangkan alangkah senangnya hidup jika segala-galanya serba cukup. Pada suatu hari, lelaki yang alim itu berangkat ke ibu kota, mahu mencari pekerjaan. Di tengah perjalanan is melihat sebatang pohon besar yang tengah dikerumuni orang. Ia mendekat. Ternyata orang-orang itu sedang memuja-muja pohon yang konon keramat dan sakti itu. Banyak juga kaum wanita dan pedagang-pedagang yang meminta-minta agar suami mereka setia atau dagangnya laris.

"Ini syirik," fikir lelaki yang alim tadi. "Ini harus dibanteras habis. Masyarakat tidak boleh dibiarkan menyembah serta meminta selain Allah s.w.t.." Maka pulanglah dia terburu. Isterinya hairan, mengapa secepat itu suaminya kembali. Lebih hairan lagi waktu dilihatnya si suami mengambil sebilah kapak yang diasahnya tajam. Lantas lelaki alim tadi bergegas keluar. Isterinya bertanya tetapi ia tidak menjawab. Segera dinaiki keldainya dan dipacu cepat-cepat ke pohon itu. Sebelum sampai di tempat pohon itu berdiri, tiba-tiba melompat sesusuk tubuh tinggi besar dan hitam. Dia adalah iblis laknatullah yang menyerupai sebagai manusia.

"Hai, mahu ke mana kamu?" tanya si iblis laknatullah. Orang alim tersebut menjawab, "Saya mahu menuju ke pohon yang disembah-sembah orang bagaikan menyembah Allah s.w.t.. Saya sudah berjanji kepada Allah s.w.t. akan menebang roboh pohon syirik itu." "Kamu tidak ada apa-apa hubungan dengan pohon itu. Yang penting kamu tidak ikut-ikutan syirik seperti mereka. Sudah pulang sahaja." "Tidak boleh, kemungkaran mesti dibanteras," jawab si alim bersikap tegas.
"Berhenti, jangan teruskan!" bentak iblis laknatullah marah. "Akan saya teruskan!"

Kerana masing-masing tegas pada pendirian, akhirnya terjadilah perkelahian antara orang alim tadi dengan iblis laknatullah. Kalau melihat perbezaan badannya, seharusnya orang alim itu dengan mudah boleh dibinasakan. Namun ternyata iblis laknatullah menyerah kalah, meminta-minta ampun. Kemudian dengan berdiri menahan kesakita dia berkata, "Tuan, maafkanlah kekasaran saya. Saya tak akan berani lagi mengganggu tuan. Sekarang pulanglah. Saya berjanji, setiap pagi, apabila Tuan selesai menunaikan sembahyang Subuh, di bawah tikar sembahyang Tuan saya sediakan wang emas empat dinar. Pulang saja berburu, jangan teruskan niat Tuan itu dulu,"

Mendengar janji iblis laknatullah dengan wang emas empat dinar itu, lunturlah kekerasan tekad si alim tadi. Ia teringatkan isterinya yang hidup tidak berkecukupan. Ia teringat akan saban hari rungutan isterinya. Setiap pagi empat dinar, dalam sebulan sahaja dia sudah boleh menjadi orang kaya. Mengingatkan desakan-desakan isterinya itu maka pulanglah dia. Patah niatnya semula hendak membanteras kemungkaran.

Demikianlah, semejak pagi itu isterinya tidak pernah marah lagi. Hari pertama, ketika si alim selesai sembahyang, dibukanya tikar sembahyangnya. Betul di situ tergolek empat benda berkilat, empat dinar wang emas. Dia meloncat riang, isterinya gembira. Begitu juga hari yang kedua. Empat dinar emas. Ketika pada hari yang ketiga, matahari mulai terbit dan dia membuka tikar sembahyang, masih didapatinya wang itu. Tapi pada hari keempat dia mulai kecewa. Di bawah tikar sembahyangnya tidak ada apa-apa lagi keculai tikar pandan yang rapuh. Isterinya mulai marah kerana wang yang kelmarin sudah dihabiskan sama sekali.

Si alim dengan lesu menjawab, "Jangan khuatir, esok barangkali kita bakal dapat lapan dinar sekaligus." Keesokkan harinya, harap-harap cemas suami-isteri itu bangun pagi-pagi. Selesai sembahyang dibuka tikar sejadahnya kosong. "Kurang ajar. Penipu," teriak si isteri. "Ambil kapak, tebanglah pohon itu." "Ya, memang dia telah menipuku. Akan aku habiskan pohon itu semuanya hingga ke ranting dan daun-daunnya," sahut si alim itu. Maka segera ia mengeluarkan keldainya. Sambil membawa kapak yang tajam dia memacu keldainya menuju ke arah pohon yang syirik itu. Di tengah jalan iblis laknatullah yang berbadan tinggi besar tersebut sudah menghalang. Katanya menyorot tajam, "Mahu ke mana kamu?" herdiknya menggegar.

"Mahu menebang pohon," jawab si alim dengan gagah berani. "Berhenti, jangan lanjutkan." larang si iblis laknatullah "Bagaimanapun juga tidak boleh, sebelum pohon itu tumbang." jawab lelaki itu.
Maka terjadilah kembali perkelahian yang hebat. Tetapi kali ini bukan iblis laknatullah yang kalah, tapi si alim yang terkulai. Dalam kesakitan, si alim tadi bertanya penuh hairan, "Dengan kekuatan apa engkau dapat mengalahkan saya, padahal dulu engkau tidak berdaya sama sekali?" Iblis laknatullah itu dengan angkuh menjawab, "Tentu sahaja engkau dahulu boleh menang, kerana waktu itu engkau keluar rumah untuk Allah, demi Allah. Andaikata kukumpulkan seluruh belantaraku menyerangmu sekalipun, aku takkan mampu mengalahkanmu. Sekarang kamu keluar dari rumah hanya kerana tidak ada wang di bawah tikar sejadahmu. Maka biarpun kau keluarkan seluruh kebolehanmu, tidak mungkin kamu mampun menjatuhkan aku. Pulang saja. Kalau tidak, kupatahkan nanti batang lehermu."

Mendengar penjelasan iblis laknatullah ini si alim tadi termangu-mangu. Ia merasa bersalah, dan niatnya memang sudah tidak ikhlas kerana Allah s.w.t. lagi. Dengan terhuyung-hayang ia pulang ke rumahnya. Dibatalkan niat semula untuk menebang pohon itu. Ia sedar bahawa perjuangannya yang sekarang adalah tanpa keikhlasan kerana Allah s.w.t., dan ia sedar perjuangan yang semacam itu tidak akan menghasilkan apa-apa selain dari kesiaan yang berlanjutan. Sebab tujuannya adalah kerana harta benda, mengatasi keutamaan Allah s.w.t. dan agama. Bukankah bererti ia menyalahgunakan agama untuk kepentingan hawa nafsu semata-mata ?

"Barangsiapa di antaramu melihat sesuatu kemungkaran, hendaklah (berusaha) memperbaikinya dengan tangannya (kekuasaan), bila tidak mungkin hendaklah berusaha memperbaikinya dengan lidahnya (nasihat), bila tidak mungkin pula, hendaklah mengingkari dengan hatinya (tinggalkan). Itulah selemah-lemah iman."
Hadith Riwayat Muslim

Macam mana kalau hidup single?????

Macam mane yek klu kita hidup single.....tak de husband,tak de anak.........family jauh....
bleh survive ker???
Kawan2 Cik puan ramai jugak yg masih bujang lagi...especially yg dah agak berumur 30-40an....
best tak yek hidup diorg????
kalau tgk2...mcm best jer....sbb diorg best leh gi jalan2 mane2 yg diorg suka......
tapi yer la kan dalam hati sape la yg tahu...........
kalau la ditakdirkan hidup single lps nih....................
Cik Puan nak gi merantau..melancong satu dunia.........
first thing of course la Cik Puan nak further PHD kat oversea....:)
rase2 ade kesempatan ker yek????berangan jer la dulukan...
angan2 mat jenin...hehehe



Thursday, June 23, 2011

TV Rosak Lagi................

Bosan jer duk umah...Yang Paling kesian kat Elman la...
Asyik mintak tolong tekan remote TV nak tgk channel dia...
Tapi TV rosak la sayang!!!!!!!!!

Bosan nyer beli TV mahal2 tp baru 2 thn dah kaput.........
Sabar jer la yek elman.........

Balik Lumut nanti abah belikan TV baru...ahaks....


Wednesday, June 8, 2011

Back to lumut again

Lumut wait for elman n me....
we will back to you again.......

dipendekan citer
6 bln jer duk keje kat KL..
oleh sbb masalah2 yg x dpt dielakkan..dan rezeki yg lain datang...
so i had made a decision to back to lumut..........




Monday, April 25, 2011

MIMPI

Lama giler tak update citer kat sini....
dah nak masuk 4 bln pun duk KL lik...
sorry la tak dapat nak citer2 busy banget ngan project 1 thesis nih...

tp de 1 citer yg nak dikongsi.........tp ni Dialog mimpi pg td jer..

.Tiba2 En.hubby muncul kt blk air...then tegur dia..eh..apsal patah balik x nak gi keje ker????Dia jawab ermm...*something ayat nye yg dh tak ingat..*Pastu terus jerit........Eh...ko bkn laki aku...ko setan...td aku dah kunci pintu dr dlm........ko kuar dr umah aku....*setan tu galak sungguh gelak suka tgk aku marah..*aku marah2 n marah lg....*setan tu makin kuat gelak*..last2 aku sedar..kurang ajarnye setan...aku marah mmg la ko lg suka....last2 diam jer....then dia kuar umah ikut pintu...sekali ngan dia ade de pompuan bwk ular sawa..siap bg pesan ape ntah tak ingat dah..........hheee....mencabar tul...skang elman tetiba dmam lak...sbb setan pg td ke?????**tu la kan lain kali klu dh kul 5 pg tuh...toksah tido lik...tggu subuh terus******


Thursday, October 14, 2010

Busy....Tired....Blank....

dah lama giler Cik Puan tak update citer kat sini....
tak de masa...lg pun lps cuti raya ari tu Cik Puan masuk wad 3 hari....
sbb mata Cik Puan problem....sampai skang tak Ok lg pun nih....
Diri lak mmg sibuk sgt2..sampai mmg x de masa utk relax..
sibuk ngan elman yg makin nakal, sibuk ngan projects & assignment,ngan test2 lg... keje kt ofis..Then penat lak ngan kerenah boss, penat travel gi kelas, penat gi interview..penat ngan kerenah mcm2 ragam org....segala2nye yg memenatkan...
sampai rase mcm give up dah nak abiskan master nih....huhuhu..........

k la chow dulu...tak de idea nk bercerita....

Thursday, July 8, 2010

Diam..............

Cik Puan bkn seorg yang pendiam...mmg Cik Puan tak leh duduk diam ...
Tapi bila Cik Puan diam ada sesuatu la yg tak kena tuh ....
So...AWAS!!!!!!!!!!!!


Wednesday, June 30, 2010

Tanda-tanda dunia nak kiamat.................

skang ni terlalu byk sgt cerita kes org buang bayi...
kenapa teruk sgt manusia skang ni kan....perangai mcm iblis...
klu nak kata perangai mcm binatang...binatang pun pandai sayang anak...
Geram sgt2 ngan perangai2 diorg2 ni..kenapa la byk jadi mcm nih...
Hari ni jer dah 2 kes kuar berita ...1 kat rawang ... 1 lagi kat seremban...
yang seblm2 ni lg byk...tak terkira dah.....betapa malang hidup si bayi2 ni...
Malang dpt mak bpk mcm tuh....
Rata2 kes berpunca dari budak sekolah lagi tuh....
astaghfirullahala'zim....
Apa nak jadi ngan umat dunia skang nih....
adakah ini tanda2 dunia akhir zaman....

Dalam kes2 macam ni...sape yg salah???Mak Bpak???Anak2???Gov???






Monday, June 28, 2010

High Fever....................

semakin hari Cik Puan rasa temperature semakin naik....makin lama makin panas...
tak senang duduk Cik Puan...
Demam Makin teruk...demam world cup..............
makin nak abis...makin la terasa demamnye...
Germany dah belasah England 4-1....
Argentina belasah mexico 3-1...
lepas ni Germany akan jumpa argentina....
Cik Puan tggu game Spain Vs Portugal...
tgk la cam ne portugal kena belasah...Go!!!!!!!...Go!!!!!...Spain!!!!!...
GOL!!!!!!!!!!!!!...GOL!!!!!!!!!!!!!!..GOL!!!!!!!!!!!!!...GOL!!!!!!!!!!!!!!..


jom layan lagu world cup - waka waka by shakira




Friday, June 25, 2010

World Cup Mood

Yeay!!!!!!!!!!!
Cik Puan hepi.......
team pilihan Cik Puan qualified in 16th the best team............Chayok!!!Chayok!!!!South Korea...
skang tggu Spain la...hope so spain pun layak la ke next round ..hehe...
Tapi..Cik Puan happy jugak atas kekalahan ITALY.........
Italy not in 16th the best team..hahaha...
padan muka ngan italy...Tulah matterazi la tuh...haha

apa2 pun meh layan World Cup 2010 theme Song...
suka2... :)






Saturday, June 5, 2010

Batuk + selsema tapi nak cuti + enjoy

hari ni cuti agong,Cik Puan excited nak gi bercuti nih walaupun batuk + selsema Cik Puan dah nk seminggu tp x ok2 lg....
Nak gi bercuti ni pun bkn la nak gi bercuti kat tmpt peranginan pun...Cik Puan nak gi Shah Alam untuk gi kenduri kawen Lin(housemate mase kt utmp dolu2...).Dah alang2 sampai Shah Alam Cik Puan nak gi melepak-lepak ngan Geng x-airocom.Sbb diorg pun mostly duduk area Shah Alam jer so senang la nak jumpa..dah set pun time dan tempat nak jumpa ptg nih.........excited sgt ni sbb lama giler tak lepak + jumpa diorg....

Tapi pagi ni byk keje yang Cik Puan kena settlekan dulu..sbb nanti senang la balik dari bercuti tak de la kelam-kabut nak settlekan itu-ini...

First thing Cik Puan kena buat pagi ni adalah clearkan baju kotor kt dlm bakul tuh....
kena cuci semua....then baru siap2 get ready kan beg2 baju untuk dibawak..
Elman ngan Tuan Besar tido lg...so senang la Cik Puan nak wat keje...tak de yang kacau..
Ok la nak gi sambung wat keje washing machine dah berenti tuh.

Chow.....

Friday, June 4, 2010

1 cerita..............

saje nak menconteng2 blog nih....

nak cerita pasal 1 kisah ni antara A,B,C,D dan a-kecik.

Si A merupakan mak kepada si a-kecik..so maknenye a-kecik anak kepada si A
Si B merupakan orang yang berpangkat dan bergaji besar tapi hidupnye simple jer tak mcm orang yang gaji besar...tak de baju mahal...tak de baju cantik...tak ber-make-up...pendek kata mmg tak bergaya langsung la...
berbeza ngan Si A,Si A merupakan suri rumah yang tak bekerja langsung...ade keje pun keje nye mengutuk dan mengumpat jer ...tapi berlagak seperti orang banyak duit...
sama jugak la ngan Si anak..Si a-kecik seorang penganggur yang selalu mengharapkan ehsan duit drpd org tp berlagak bergaya mcm orang byk duit gak...
mcm bak kata peribahasa..."Bapak Borek Anak Rintik"...sama lah kes ngan si A ngan a-kecik nih....
Si C pulak seorang yang pemalas...dan suka ikut-ikut orang ....
Si D pulak seorang yang tak pandai berjimat dan kurang mahir dalam menguruskan perbelanjaan....Si D jugak tidak pernah bekerja...

Si B,C dan D tiada talian darah persaudaraan.Tapi mereka ber-3 berkaitan ngan keluarga Si A.

Si B tidak suka pada si A dan a-kecik...kerana mereka suka meminta-minta.Si B merupakan orang yang agak kedekut kerana tidak suka membazirkan wang pada benda2 yang tidak berfaedah.
Manakala Si C pula tidak suka pada si a-kecik kerana mulutnya yang amat celupar.Si A akan mem-backing si a-kecik klu ada apa2 pertengkaran antara Si C dan a-kecik.
Si D pula biasa-biasa saja,tak ambik kisah ngan orang lain.Membawa diri nya sendiri saja.

Si A kerap bertandang ke rumah Si B,sbb rumah si B ni besar dan macam2 ada...hehehhe(iklan astro jap)..
Setiap kali dtg Si A pasti mengadu pada Si B kisah Si C dan Si D.Mengadu yang buruk2..Si B pulak percaya pada Si A bulat2 sampai berpandangan -ve pada Si C dan Si D.
dan setiap kali itu juga Si A akan mengadu kesusahannya....seperti meminta simpati daripada si B.
Si B pun mula rasa kasihan pada si A.

Di kejadian yang lain Si A dan a-kecik berjumpa ngan Si C.Si anak-beranak mengadu pula pada Si C kisah si B.

Begitu juga apabila Si A bertemu dengan Si D.Kejadian yang sama berlaku....
Si A ni mengadu mcm2 yang buruk2 jer yang baiknye tak de...
sbb dia rase...dia jer yang baik dan betul....

Pada suatu hari kebetulan Si B dan Si C berjumpa dan secara tak langsung.Bermula la terbongkar kisah si A duk mengadu2.Si B merasa amat marah...begitu juga Si C.

Si A,mengata Si B kekampungan dan tidak up-to-date...dan Si A juga mengata parent si B nak cepat2 kawenkan Si B sbb takut si B tu tak laku...
Si A,mengata Si C kaki kikis
Si A,mengata Si D tidak bekerja dan hanya menyusahkan suami..

klu korang jadi si B,C,D la kan...ape korang akan buat...



Wednesday, May 12, 2010

TV Rosak................

TV kat umah Cik Puan Rosak....Baru jer subscribe astro B.yond ari sabtu tuh....ari ahad ok lg...isnin tghari pun ok lg....
sekali mlm isnin tu.....Tuan Besar tengah tengok TV ..dia baru perasan color tv tu terang merah sgt....
lepas tu lama-lama color tu makin lama makin teruk....
semalam Tuan Besar call Sony Service Center kat Ipoh,...report punye report terus customer service sony nak dtg esok(hari ni la)...
Sungguh Pantas kan...Puas hati la cam ni nye service...hehe
Then tadi budak Sony tu dah dtg check2 TV...dan angkut TV tu untuk repair...untuk repair tu akan ambik masa seminggu........
Seminggu la kami tak de TV...cam rugi jer B.yond tu....
Nasib baik la ade Elman jadi penghibur....tak de la boring duk umah nanti...........

Monday, May 10, 2010

Celebrations....................

Semlm tiba-tiba Tuan Besar ajak kami jalan-jalan ke Ipoh. Ingatkan plan hari ahad ni nak duk umah jer...dah org ajak jalan...kita ON jer la ...Elman la yg paling excited nak gi jenjalan sebab semalam dah seharian terperuk kat rumah.Kami siap2 lepas breakfast dan gerak dari umah dalam kul 12.00 tghari.Seperti biasa kami kalau pegi ipoh ni mesti gi Jusco Kinta City jer...tempat lain tu jarang2 la di tuju.Tapi.....

Rupa-rupanye Tuan besar bawa kami ke Ipoh Parade!!!!!!!!!!!!!!
Ape yg ade kat Ipoh Parade ni??????
Kurang syok la...sbb time kitorg sampai..parking susah sangat nak dpt....sbb ade event sempena "Mothers Day".Last-last kami parking kat TOP,tak berbumbung.


kami pun tak tau tujuan kami dtg ke sini..so jalan-jalan jer la...
apa yang pasti melabur la jugak duit Tuan Besar untuk baju-baju Elman...dan Cik Puan plak terlabur kat set comforter....sbb dah sethn lebih tak de beli comforter baru.....alang-alang ada sale 70-80%..apa lagi Cik Puan Rembat la 1...(Maklum la kat manjung ni ape la yg ade untuk ber-shopping…hehe)

Sedar-sedar jam dah kul 3 lebih….kitorg gi solat dulu…ape-ape pun Ipoh parade ni mmg tak best la..jenuh cari kat mane surau….rupe-rupenye terceruk kat tingkat atas sekali…sepjg kt dlm shopping mall tu tak de langsung signboard surau…ni pun kami tanye kat guard Parkson. Tingkat atas sekali tu rupe-rupenye food court..suraunye terceruk sket kt hujung food court tuh…sib baik ade signboard kat pintu…klu gi sorg-sorg takut jugak la….compare ngan kinta city ..kinta city jauh lebih ok…ape-ape tak suka la jalan-jalan kat Ipoh parade ni…

  • Toilet kotor
  • Surau terceruk jauh...
  • food court pun tak best...sbb bercampur gerai cina & melayu...(agak was-was la)
Then,lps solat Tuan Besar ajak makan lak...memandangkan kami pusing-pusing food court tu semuanya was-was dan tak best....kami pun turun bawah semula...mengisi perut kat Kenny Rogers...........

Lepas abis makan kami bercadang untuk balik terus...............tp terbantut sebab Elman wat pelaburan la plak....
kena la bersihkan dia dulu...lps tu kami terus balik sbb Elman pun dah ngantuk sgt tuh,kami pun dah kepenatan,...........



p/s:Actually Cik Puan tak tau pun tujuan Tuan Besar bawak kami jalan-jalan ni sebab ape...sebabnye dia cuma cakap nak bawak kami jalan-jalan....

so...Cik Puan assume jer la kitorg gi jenjalan ni sbb nak celebrates mother's day & result cemerlang Cik Puan sem ni...hehe...sungguh perasan tak Cik Puan???Whatever....ape-ape pun asalkan kami bertiga happyyyyyyyy!!!!!!!!!!!



Monday, April 26, 2010

Final Exam utk Sem 1 dah berakhir....


Yeay!!!!!!!Cik Puan dah abis Final Exam...rase lega ler sesangat...sbb tak risau nak study...skang pikir lak dapat apa la result nanti....
oleh sebab Cik Puan nak melepaskan rase penat study ari tu...(study ler sgt..tido jer yg lebih ada ler...hehe)..Tuan Besar bawak kami ke Kuala Sepetang ..gi jalan-jalan cari makan MEE UDANG....
Kami gerak dari Manjung dalam Kul 5 petang..then sampai Kuala Sepetang lebih kurang dlm pukul 6 ptg ..sepanjang perjalanan pergi dan balik cuaca hujan,Tuan Besar bawak keta pun tak la laju sangat...mcm biasa-biasa jer.Bila sampai simpang Kuala Sepetang kat sepanjang perjalanan tu mmg byk gerai makan MEE UDANG...tapi tujuan kami...kami tengok gerai mana yang paling ramai orang...gerai tu la yang kami tuju....iaitu GERAI MEE UDANG MAK JAH...
cer tgk gambar tuh...rase-rase leh terliur tak....hehe...
tapi komen Cik Puan untuk MEE UDANG Mak Jah nih....
Kuah dia rase kureng la tak pekat..tak de rase pedas + manis nye...rase cam hanyir sket...
udang-udang nye mmg besar-besar..puas hati makan udang jer la...
rase-rase lepas ni Cik Puan nak wat sendiri jer la kalau nak makan MEE UDANG...hehe
nanti kalau Cik Puan dah berjaya ..Cik Puan upload kat sini yer...hehe...

Lepas makan MEE UDANG ,kami terus balik...sebab cuaca hujan lebat tak dapat nak gi jalan-jalan mane pun. Lain kali la bawak Elman jalan-jalan lagi..





Friday, April 2, 2010

Keciwa,Sedih,Rugi....

Dah lama rasenye tak meng-update blog ni kan...
Maklum lah sejak Cik Puan bergelar student balik ni...semua serba tak cukup tangan...
Ngan kerenah si kecik yg makin lincah tuh then berulang KL-Lumut every weekend...
Memang sungguh memenatkan...Tapi sbb keinginan untuk berjaya lagi..tak pe kan berkorban...
org kata "bersusah2 dulu bersenang2 kemudian"....

Actually Cik Puan nak mengadu kekeciwaan Cik Puan nih...Walaupun redha..tp ade juga rase keciwa...
Jam 9.00 pagi, 18hb April ni sepatutnye Cik Puan ade trip ke Bandung...tiket pun dah beli thn lps lagi...mase airasia wat promosi thn lps...bkn senang nak dpt tiket murah gi bandung...gi balik RM150 jer utk 2 org...dah terlalu murah sgt2 tu kan ....Tapi...

Cik Puan keciwa,sedih dan juga rase cam rugi lak...sbb Cik puan tak dapat pegi...Cik Puan ade exam cryptography 18hb tu kul 9.00 pagi....

Pada awalnye exam Cik puan sepatutnye 17hb April dah habis...tapi atas permintaan rakan2 sekelas...Diorg mintak pertukaran jadual exam...Cik puan sorg jer ok ngan jadual lama(sbb dpt la gi bandung lps exam)...diorg 9 org mencadangkan utk wat pertukaran..oleh sbb majoriti tinggi,pihak CASE membenarkan pindaan jadual....so terkeciwa la Cik Puan...sbb tak dpt gi trip ke Bandung.Beria2 jer berangan nak shopping sakan...Akhirnya ku keciwa...huhu...

Rase sedih jer...tapi dlm pada itu susah hati gak ni...nak final exam,tapi duk relax2 lagi...
Lama dah tak exam2 cam gini....rase risau jer ni pun...
Tapi insyaallahkan ...klu kita usaha dan bertawakkal insyaallah akan berjaya...
Cik Puan akan start final exam 10hb ni sampai la 24hb....doakan kejayaan Cik Puan yer....
Lepas exam dah leh cuti pjg sampai bln july...........yahoooo.....

Wish Me Luck...